Lee Chong Wei telah berjaya meraih pingat perak di sukan Olimpik Beijing sekaligus mendapat habuan besar RM300,000 dan ditambah lagi RM3,000 pencen seumur hidup yang akan bermula 1 September 2008. Kita turut berbangga dengan kejayaan ini. Sedar atau tidak disebalik kejayaan Lee Chong Wei ini adalah kerana hebatnya jurulatih beliau iaitu Misbun Sidik. Sebelum ini Lee Chong Wei pernah dilatih oleh jurulatih yang sebangsa dengannya, namun telah berlaku pertelagahan antara mereka mengakibatkan kemerosotan pemain tersebut. Ini merupakan satu contoh dari beribu kejayaan yang telah dicapai oleh bangsa Melayu. Saya bukan nak timbulkan isu perkauman disini. Tetapi saya ingin menegaskan bahawa hebatnya orang Melayu dalam melaksanakan sesuatu tugas jika ia percaya kepada dirinya dan dibuat dengan bersunguh-sunguh. Walau sukar mana pun ia akan capai kejayaan. Sebagai orang Islam setiap kesukaran yang dihadapi adalah ujian daripada Allah. Allah tidak akan menguji hambaNya kepada sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan oleh seseorang itu. Oleh itu kenapa harus kita takut hadapi cabaran???
Apa yang ingin saya katakan di sini, kita sebagai kaum bumiputra janganlah mudah mengalah sebelum melaksanakan sesuatu tugasan yang diamanahkan kepada kita. Sikap yang sebeginilah yang mendorong kepada isu UiTM dibuka 10% kepada kaum lain. Orang Melayu Bumiputra sendiri tidak yakin dengan keupayaan bangsanya sendiri. Saya begitu yakin dengan bangsa saya sendiri walaupun sering kali dizalimi oleh bangsa sendiri. Pepatah Melayu “Dalam setandan pisang mesti ada yang busuk” oleh itu orang yang suka zalimi bangsa sendiri itulah “sipisang busuk” itu. Saya rasa bersyukur kerana saya diberitahu satu kata keramat oleh seorang jurulatih saya walau pun kejam orangnya tapi kata-katanya amat bermakna kepada saya; “Never say NO before you try it first, if you FAIL you must do it again until the mission accomplish”. Oleh itu fikirlah sendiri, adakah kita nak jadi “sipisang busuk” atau pisang-pisang yang baik dalam setandan pisang… Sesunguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Ini pandangan peribadi saya, saya sedih lihat pertelagahan sesama bangsa kita kaum bumiputra.